SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 k
 1. Permohonan dibenarkan dan dikecualikan melalui dalam talian adalah:
   1
   1
   1
   1
   i. Permohonan yang dibenarkan dalam talian adalah Pindahmilik Tanah bagi jenis urusan berikut :
     - Dari Syarikat Bukan Bumiputera Kepada Individu Bukan Bumiputera
     - Dari Syarikat Bumiputera Kepada Individu Bumiputera
     - Kasih Sayang (Ibu / Ayah Kepada Anak)
     - Individu Bukan Bumiputera Kepada Individu Bukan Bumiputera
     - Syarikat Bukan Bumiputera Kepada Individu Bumiputera
     - Individu Bumiputera Kepada Individu Bumiputera
     - Syarikat Bukan Bumiputera Kepada Syarikat Bukan Bumiputera
     - Syarikat Bukan Bumiputera Kepada Syarikat Bumiputera
     - Syarikat Bumiputera Kepada Syarikat Bumiputera
     - Individu Bukan Bumiputera Kepada Syrikat Bumiputer / Bukan Bumiputera
     - Individu Bukan Bumiputera Kepada Individu Bumiputera
     - Individu Bumiputera Kepada Syarikat Bumiputera
     - Warganegarasing
   ii. Permohonan Dikecualikan dari dalam talian adalah:
     - Permohonan Hakmilik Strata.
     - Individu Bumiputera Kepada Syarikat Bukan Bumiputera.
     - Individu Bumiputera Kepada Individu Bukan Bumiputera
     - Syarikat Bumiputera Kepada Syarikat Bukan Bumiputera
     - Syarikat Bumiputera Kepada Individu Bukan Bumiputera
 
 2. Hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan
 
 3. Mereka yang layak memohon adalah :
   i. Pemilik Berdaftar
   ii. Pemegang Amanah Melalui Surat Ikatan Amanah
   iii. Pemegang Surat Kuasa Wakil
   iv. Pentadbir Dengan Kebenaran Perintah Pusaka / Mahkamah
 
 4. Penerima berumur 18 tahun ke atas. Sekiranya penerima berumur bawah 18 tahun, penerima perlu mempunyai dokumen seperti berikut:
   i. Pemegang Amanah Dilantik Melalui Surat Ikatan Amanah
   ii. Perintah Mahkamah
 
 5. Penerima memenuhi syarat Seksyen 43 Kanun Tanah Negara:
   i. Mencapai umur dewasa
   ii. Perbadanan yang mempunya kuasa di bawah perlembagaan untuk memiliki tanah
   iii. Raja pemerintah, kerajaan, pertubuhan dan orang-orang lain yang dibenarkan memiliki tanah dibawah undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa berhubung dengan hubungan diplomatik, hubungan konsular dan pertubuhan antarabangsa
   iv. Pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959